++bersatu padu++

++bersatu padu++

Thursday, May 13, 2010

[[Majlis Pelancaran]]

Majlis Pelancaran Kempen Budi Bahasa & Nilai-Nilai Murni

Slideshow image

Nilai Murni : penjagaan kebersihan


KEMPEN BUDI BAHASA DAN NILAI MURNI (2005,Aktiviti Menjaga Kebersihan Gigi) (2)

[[contoh peribahasa yang mempunyai nilai-nilai murni]]

  • bersatu teguh bercerai roboh - Kalau kita bersatu, kita akan menjadi kuat. Kalau kita berpecah belah, kita akan menjadi lemah.
  • bulat air kerana pembentung bulat kata kerana muafakat -Sesuatu kerja yang dilakukan melalui persetujuan bersama-saama akan mendatangkan hasil yang baik.

[[contoh lagu mengandungi nilai-nilai murni]]

Insan Mulia

Marilah kita lihat

Realiti kehidupan

Pasti tidak sunyi

Dengan suka duka

Warnai kehidupan

Perasaanku ini

Sering tersentuh

Dalam syahdu kesyukuran

Walau serba kekurangan

Kuteruskan ketabahan

Oh, Insan mulia!

Hulurkan simpatimu

Keprihatinanmu

Berikan sinar harapan

Oh, sinar harapan!

Sama berdiri

Kejar impian

Jasa baktimu

Tiada bandingan

Semoga berkekalan

Mari bergandingan

Satu wawasan

Kita bina insan

Insan penyayang

Oh, insan penyayang!

(Irama Lagu Walinong sari)

[[nilai murni terkikis,kemanusiaan terhakis]]

FIST

Oleh MUHAMMAD IQBAL

Dalam usaha kerajaan mempromosikan kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni, sudah seharusnya kita bersedia menyahutnya dalam bentuk muhasabah diri dengan meninggalkan apapun jenis perkataan tidak baik yang mungkin sering kita pertuturkan walaupun ia sekadar menunjukkan kemesraaan sesama kita.

Kita sepatutnya mencontohi junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. yang tinggi budi pekertinya dan yang tidak pernah berbuat keji dan jauh sekali daripada bertutur kasar.

Agama Islam adalah agama yang sangat mengambil berat tentang adab pergaulan yang baik. Pergaulan cara yang baik selalunya diikuti oleh tutur kata yang baik, yang memberi kesan kepada orang lain bahawa dirinya mulia dan terhormat.

Tutur kata yang baik dan ungkapan yang indah akan memberi kesan di dalam hati sehingga setiap individu merasa bahawa kewujudan mereka sangat penting dan sedemikian bermakna serta mereka juga merasa bahawa mereka adalah orang-orang yang dihormati.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Tutur kata yang baik itu adalah sedekah.” (Riwayat Muslim)

Tutur kata yang baik dan lembut sebenarnya mempunyai pengaruh yang kuat di dalam hati seseorang insan. Ia mampu mengangkat roh maknawiah, meyakini kepercayaan kepada diri sendiri dan mendorongnya untuk melakukan pekerjaan dengan sebaik-sebaiknya.

Rasulullah s.a.w dengan tutur katanya yang lembt telah berjaya menarik hati orang-orang di sekitar baginda. Tutur kata yang baik dan ungkapan-ungkapan yang disaluti kesantunan dapat menyebarkan rasa kecintaan sesama insan.

Daripada Abdullah bin Amru, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Kiamat tidak akan terjadi sehingga ucapan kotor, kebiasaan berbicara kotor, pemutus silaturahim dan buruknya hubungan bertetangga semakin bermaharajalela.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Hakim)

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, ditegaskan bahawa unsur-unsur ajaran yang meliputi iman, Islam, dan ihsan. Iman berhubungan dengan akidah, sementara Islam berkaitan dengan amal ibadat serta muamalat. Ihsan pula merupakan satu suasana atau keadaan batin yang sering merasai ia dalam pengawasan Allah s.w.t.

Dalam sebuah hadis riwayatiwayat Bukhari dan Muslim disebutkan bahawa ihsan adalah:

“Engkau beribadat (dengan kesedaran) seakan-akan melihat Allah s.w.t dan jika tidak dapat melhihatnya maka (Engkau harus yakin) bahawa Dia melihatmu.”

Dengan perasaan dan kesedaran seperti ini dapat dipastikan bahawa perilaku manusia akan terus dibimbing dan terarah sesuai dengan norma kebenaran dan kebaikan. Dalam konteks ini ajaran akhlak yang mulia dalam Islam tergolong dalam kategori ihsan.

Dalam ajaran Islam secara keseluruhan mengandungi nilai akhlak yang luhur, mencakupi akhlak terhadap Maha Pencipta, diri sendiri, sesama manusia dan alam sekitar. Ajaran Islam tentang akhlak cukup luas cakupannya, sama luasnya dengan perilaku dan sikap manusia. Rasullullah s.a.w. meletakkan bab akhlak sebagai isu penting dan menjadi dasar utama kerasulan baginda.

Imam Baihaki meriwayatkan sebuah hadis yang menyatakan bahawa akhlak yang baik dapat menghapuskan kesalahan bagaikan air yang menghancurkan tanah yang keras, sedangkan akhlak yang jahat merosakkan amal seperti cuka merosakkan manisnya madu.

Siapa yang tidak kenal dengan Ibnu Sina melalui kitab akhlaknya yang terkenal Risalah Fial-IIm al-Akhlak (Bab Akhlak).Demikian juga Hujatul Islam Imam Al-Ghazali dengan kitab Ihya Ulum ad-Din. Ibnu Maskawaih juga menyumbang karyanya yang sangat berharga mengenai akhlak dalam bukunya yang berjudul Tahzib Al-Akhlak. Manakala Ibnu Hazim menyusun kitab akhlak yang cukup komprehensif, iaitu Al-Akhlak wa as-Siyar.

Gambaran ini menunjukkan bahawa akhlak adalah sebahagian daripada sistem ajaran Islam.

Jelaslah bahawa niai-nilai murni merupakan cermin keperibadian manusiawi – cermin yang seharusnya dipergunakan untuk mendandani ‘wajah peribadi’ manusia menurut syariat Islam. Dalam hal ini, Islam adalah cermin abadi yang tidak akan retak walaupun dipukul badai zaman apa sekalipun.

Followers